SENATOR Datuk Ras Adiba Radzi memberitahu, beliau tidak pernah sekalipun berhenti berharap agar rakannya, Zalina Shaharah Azman yang telah lama menghilang ditemui.
Menurut Ras Adiba, beliau sentiasa berfikiran positif, selain optimis terhadap keberadaan wanita yang pernah bergelar teman sekerjanya itu.
“Saya masih mencari Zalina. Saya rindu Zalina. Sudah bertahun-tahun sebenarnya.
"Saya optimis yang suatu hari nanti saya akan bertemu dengannya. Mungkin saya seorang yang romantik, selalu fikir yang baik-baik dan positif sahaja.
“Orang lain kata dia mungkin dia dah tiada. Dia ada atau tiada, itu semua kerja Allah bukan kerja kita. Jadi kita usaha.
"Kalau saya berada dalam keadaan dia (hilang), saya pasti dia pun akan terus mencari saya,” katanya kepada Gempak.
Ras Adiba berkata demikian ketika ditemui pada majlis lawatan Rumah Perlindungan Al-Fattah, Semenyih semalam.
Melanjutkan bicara, Ras berkata, beliau sentiasa mencari Zalina tidak kira di mana beliau berada.
“Ke mana saya pergi pun saya mencari Zalina. Sampai orang kata saya tak betul, saya kata tak apa. Sebab saya pasti Tuhan akan angkat doa saya, untuk saya bertemu sahabat saya.
“Saya selalu kata, sekiranya dia dalam lautan timbulkan dia. Sekiranya dia dalam tanah, tunjukkan dia. Sekiranya dalam hutan, keluarkan dia, supaya kita tahu di mana dia berada.
Ras Adiba menambah, sekiranya Zalina ditakdirkan sudah tiada, beliau reda dengan ketentuan.
“Saya reda dengan apa yang Allah persembahkan, dalam masa sama Allah berikan kita minda untuk tidak putus semangat dan harapan bagi mencari dia.
"Kalau dia tiada, saya akan terima apa Yang Maha Esa lakarkan,” katanya lagi.
Zalina yang pernah mengendalikan program Money Matters disyaki hilang apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarganya.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November 2021. -Gempak
Gempak
Sat Jun 03 2023
RAS ADIBA: Saya masih mencari Zalina. Saya rindu Zalina. Sudah bertahun-tahun sebenarnya. -Gempak
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
'Sampai orang kata saya tak betul' - Ras Adiba masih tunggu kepulangan Zalina
Menurut Ras Adiba, beliau sentiasa berfikiran positif, selain optimis terhadap keberadaan wanita yang pernah bergelar teman sekerjanya itu.
Polis tidak pernah tutup siasatan kes kehilangan Zalina Azman
Setakat ini lebih 20 individu telah dirakam keterangan melibatkan ahli keluarga dan rakan Zalina, dan sehingga kini belum terdapat sebarang petunjuk baharu yang ditemui.
Forensik Bukit Aman periksa rumah Zalina Azman
Hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang petunjuk bagi perkembangan siasatan kes itu.
Rakan, individu terakhir jumpa Zalina
Individu tersebut bertemu dengan Zalina pada Julai 2021 dan ketika pertemuan tersebut, Zalina dalam keadaan sihat.
"Zalina, jika anda di luar sana, hubungi mak, ayah beritahu anda selamat" - Sharifah Shawati
Misteri kehilangan bekas personaliti TV, Zalina Azman masih lagi belum terungkai...
Kehilangan Zalina Azman: Temu bual di MeleTOP bersama Sharifah Shawati malam ini
Malam ini program MeleTOP akan menemubual rakan Zalina, Datin Sharifah Shawati.
Polis masih berusaha kesan kontraktor rumah Zalina Azman
Polis masih lagi mengesan kontraktor yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian di kediaman bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Keluarga risau keberadaan Zalina Azman - Ras Adiba
Keluarga Zalina Azman risau akan keberadaan wanita itu selepas dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.
Tiada petunjuk baharu kehilangan Zalina - Polis
Dua wanita mirip Zalina yang ditemui sebelum ini termasuk seorang di Jalan Haji Salleh, Sentul pada Jumaat, ialah gelandangan.
Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar
Ras Adiba berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua .